Followers

Sejarah Segamat

Menurut seorang ahli sejarah tempatan, Cikgu Hassan bin Muhammad, daerah Segamat asalnya dikenali sebagai Rantau Panjang. Sekitar tahun 1511, Bendahara terakhir Melaka, Bendahara Tepok dan para pengikutnya berundur ke Johor setelah kejatuhan Melaka ke tangan tentera Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque. Bendahara dan para pengikutnya berhenti berehat di satu lubuk sungai di kawasan tersebut dan meminum air sungai tersebut. Setelah meminumnya, beliau berkata, "Segar amat badanku ini!", dan seterusnya menamakan sungai tersebut sebagai Segar Amat, yang kemudian berubah menjadi Segamat. Namun demikian, nama tersebut hanya diguna pakai pada sungai tersebut sahaja. Petempatan yang seterusnya menjadi pusat bandar Segamat asalnya dipanggil Rantau Panjang. Bandar tersebut hanya mengambil nama sungai itu pada awal abad ke-20.

Menjelang penghujung abad ke-19, 4 daerah asal Johor mempunyai beberapa daerah kecil, contohnya daerah asal Muar mempunyai 4 daerah kecil -Parit Jawa, Chohong, Lenga dan Segamat. Pegawai Daerah Kecil Segamat yang pertama adalah Encik Menthol bin Haji Ahmad. Pada tahun 1933, daerah penuh Segamat ditubuhkan setelah persempadanan semula oleh kerajaan Johor bagi memisahkan 4 daerah asal (Muar, Batu Pahat, Johor Bahru dan Sedili) kepada 8 daerah (sebelum persempadanan tahun 2008 yang menambah daerah Kulaijaya dan Ledang untuk membentuk 10 daerah).

Setelah pembentukan Daerah Segamat, kerajaan mula membangunkan Segamat terutamanya dengan aktiviti pertanian bagi memacu ekonomi Segamat. Ia termasuklah pembinaan sistem kereta api kebangsaan yang melalui bandar Segamat.Stesen KTM Segamat memberi perkhidmatan kereta api bagi daerah Segamat, Ledang dan Muar Johor serta pembinaan jalan utama yang dikenali sebagai Laluan Persekutuan .

Pada tahun 1970-an, Lebuhraya Tun Razak telah dibina bagi memacu ekonomi Segamat sebagai hab pertanian, memendekkan perjalanan ke Kuantanserta untuk menyegerakan proses pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.

Kampus cawangan Johor bagi Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dibina di Jementah pada penghujung 1980-an dan mula beroperasi pada tahun 1991. Pembinaan kampus UiTM di daerah Segamat menjadikan Segamat sebagai satu lagi hab pendidikan utama di Johor selain Skudai yang menempatkan Universiti Teknologi Malaysia.

Pada tahun 1996, Pelabuhan Darat Segamat dibina bagi menjadikan Segamat satu lagi hab pengangkutan utama, sebagai mana Nilai di Negeri Sembilan. Dengan pembinaan pelabuhan darat tersebut, pengilang hanya perlu menghantar barang ke Pelabuhan Darat Segamat dan kemudian barang tersebut akan dihantar ke pelabuhan terdekat seperti Pasir Gudang melalui kereta api dan ini boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan.

Pada tahun 1999, jambatan kedua Segamat, dibiayai terutamanya oleh pemaju swasta telah dibina bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Jambatan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian pakej Jalan Lingkaran Dalam Segamat yang terdiri daripada kerja naik taraf kepada jalan 4 lorong di Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon, siap pada Ogos 2005. Jalan lingkaran dalam tersebut amat berguna bagi mengalihkan aliran lalu lintas apabila jalan-jalan utama di pusat bandar ditutup bagi upacara khas seperti Hari Kebangsaan.

Pages

Saturday, August 13, 2011

Kumpulan Sepah bersepah akhirnya.... adoiyai... | Kurma itu tak lagi manis.....


Kumpulan Sepah bersepah akhirnya.... adoiyai... | Kurma itu tak lagi manis.....


ala... tak best la... dorang ni best sebab idea tu datang dari 3 kepala..... ermm.....

BUKAN sekali dua, tetapi sudah banyak kali perkhabaran tentang perpecahan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah ini bertebaran.
Sesungguhnya ia bukanlah sebuah berita baru. Malah, cerita ini sudah menjadi bahan mulut pihak media selepas mereka bergelar juara Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2008.
Ketika itu, memang heboh diperkatakan tentang kumpulan ini yang berdepan dengan masalah disiplin sehingga menyukarkan ramai pihak untuk mendapatkan mereka.
Namun, cerita itu terus senyap dan ia kembali timbul apabila salah seorang anggotanya, Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep memberitahu Sepah hampir berpecah sewaktu menyertai Maharaja Lawak, baru-baru ini.
Ternyata gelaran juara sulung Maharaja Lawak tidak berupaya menyelamatkan kumpulan ini untuk terus kekal bersatu apabila sekali lagi dikhabarkan mereka akan membawa haluan masing-masing selepas Aidilfitri ini.
Bertemu dengan kumpulan ini usai rakaman program Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan kesahihan berita tersebut.
Dengan penuh tenang, Jep menjawab segala pertanyaan yang diajukan dengan baik meskipun jam sudah menghampiri pukul 1 pagi.
"Kalau bukan selepas Hari Raya pun, memang kami sudah lama merancang untuk membawa haluan sendiri. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, perpecahan Sepah belum lagi secara rasmi.
"Kumpulan Sepah masih wujud dan kami juga akan terlibat dengan pertunjukan amal sepanjang Ramadan ini. Cuma, mungkin rezeki itu tidak tertulis untuk kami terus kekal bersama setiap masa," jelasnya tenang membuka bicaranya sambil dipersetujui dua teman Sepah yang lain, Shahmira Muhammad atau Shuib danMohd. Noor Murad (Mamat).
Kata Jep lagi, mereka mula memikirkan tentang keputusan tersebut memandangkan begitu sukar untuk mengumpul kesemua ahli Sepah dalam satu-satu masa.
Sukar
Sementelah, masing-masing mempunyai komitmen sendiri, ujar Jep, adalah lebih baik untuk dia, Shuib dan Mamat memikirkan haluan sendiri dalam bidang seni.
Memang tidak dinafikan, antara ketiga-tiga anggota Sepah, Shuib paling mendapat perhatian dan rezeki juga semakin mencurah-curah buat suami kepada penyanyi genit, Sarah Raisuddin itu.
"Seperti saya sendiri, selepas tamatnya Maharaja Lawak, saya hanya duduk di kampung sahaja kerana masalah kesihatan.
"Rakaman program raya inilah yang pertama untuk saya selepas pulih daripada masalah demam yang berterusan.
"Sebagai teman, saya menyokong dan merestui perjalanan seni Shuib dan Mamat. Masing-masing ada rezeki. Jadi, tidak elok seandainya saya mahu menyekat mereka.
"Bagi saya, kalau mahu meneruskan perjuangan Sepah itu, ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi," jelas Jep yang kini menetap di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor.
Bagi Shuib pula, meskipun akan bergerak secara solo bagi meneruskan kariernya sebagai pelawak, pelakon dan penyanyi, tetapi dia akan tetap bersama Sepah apabila diperlukan.
"Memang saya mengaku, ada kala sukar bagi kami bertiga bersatu kerana pelbagai faktor antaranya lokasi kami sendiri.
"Tetapi, antara kami, masing-masing saling menyokong demi kebaikan bersama," jelas Shuib.
Sementara Mamat pula memberitahu, ada ketikanya penganjur mempunyai kekangan bajet sehingga menyebabkan mereka terpaksa membuat pilihan.
Lantaran itu, apabila ada majlis yang hanya menampilkan dua anggota misalnya, pasti ia akan mengundang persepsi dan pandangan berbeza peminat.

No comments:

Post a Comment

direct link >> http://www.facebook.com/groups/segamat/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BIDANG KUASA ADMIN

1. APPROVE USER UNTUK JOIN GROUP, COME WITH GREETING, IF KITA MAHU. (MENYAMBUT TETAMU DAN MEMBESARKAN MEREKA ADALAH WAJIB).

2. MEMANTAU POST PADA WALL SEGAMAT, MEMBINA SUASANA SIHAT DALAM GROUP SUPAYA USER "TIDAK MENYAMPAH DENGAN ADMIN".

3. MENGAWAL EMOSI DAN MEMBERIKAN JAWAPAN YANG SEBERAPA RELEVEN DAN TANPA MEMENTINGKAN BIDANG KUASA DAN MEMANIPULASIKAN KUASA KEPADA USER-USER LAIN.

4. MEMBANTU PIHAK-PIHAK YANG MEMERLUKAN JAWAPAN BAGI SETIAP PERTANYAAN, DAN SILA JAWAB DENGAN ("FINE LINE") NADA DAN INTONASI YANG DISENAGI RAMAI @ JUST DUDUK DIAM SEKIRANYA TIDAK TAHU.

5. ADMIN JUGA BERKUASA SECARA MUTLAK TERHADAP , MEMADAM, MEMPERBETULKAN USER YANG TERLAMPAU (TEGURAN SEBANYAK 2X), DAN SEKALI GUS MEMPUNYAI KUASA ENIKMENT UNTUK MEMBUANG/BAN USER DARI PADA GROUP.

6. ADMIN JUGA DI LARANG MENGUNAKAN KATA-KATA KESAT, YANG MENYINGGUNG PERASAAN SEHINGGA USER BERANGGAPAN (MACAM BEST JERK ADMIN NIE ?).

7. MEMBERIKAN SOKONGAN PADU PADA PENTADBIR, PIHAK BERKUASA, DAN MEREKA-MEREKA YANG BERKUASA DI KALANGAN KITA , POSTING YANG DI ANGGAP RELEVEN SAHAJA DIBENARKAN . KAMI SEKADAR MEMANTAU.

8. ADMIN JUGA BOLEH "CONDEM" ATAU MENIDAKKAN MANA-MANA INDIVIDU , PERORANGAN, SYARIKAT NAMUN TAPI TIDAK SECARA TERUS ( TERTAKLUK PADA RUANG LINGKUP KUASA TIDAK MEMAPARKAN ATAU MEMBERI PERNYATAAN SEPERTI NO PENGENALAN, FLET KERETA, NO RUMAH, TELEFON BIMBIT MAHU PUN GAMBAR WAJAH , PLAT KERETA DAN SEBAGAINYA ) KERANA DENGAN CARA INI KITA TELAH MEMBINA DAN MENYUMBANG PERASAAN BENCI @ "HATRAD" DAN SERANGAN INDIVIDU.

** SEBAGAI CONTOH FLET WKG 311* SILA LA PANDU DENGAN CERMAT JANGAN MEMBAHAYAKAN PENGUNA JALAN RAYA YANG LAIN << TIDAK SECARA LANGSUNG INI ADALAH DIBENARKAN.

*** SEKIRANYA GAMBAR KERETA HENDAKLAH MEMADAM NOMBOR PLET ATAU MENGEDIT KOSONG PADANYA. KERANA JIKA DI BAWA KE MUKA PENGADILAN INDIVIDU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK PERNYATAAN DI WALL ADALAH SAH LAKU DIGUNA PAKAI SEBAGAI BAHAN PERBICARAAN.

9. USER-USER JUGA DIBERI KEBENARAN BERSUARA DAN MENYUARAKAN PENDAPAT BELIAU , NAMUN DAPATLAH KIRANYA MENYATAKAN DALAM KEADAAN DAN AYAT YG LEBIH BERHEMAH. KITA 1MALAYSIA YANG PENUH KEBUDAYAAN DAN HEMAH YANG TINGGI.

10. PENGGUNAAN "EMOTICON" ATAU LAMBANG USER YANG BERBENTUK ATAU BERBAUR LUCAH ATAU MENGEJI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI.

** SEPERTI LAMBANG F*CK, PENI*, TI*S, VAGIN* ATAU PUN ISU-ISU BERBAUR PERKAUMAN ATAU AGAMA ADALAH DILARANG SAMA SEKALI. ( NOTIS DIKENAKAN KEPADA USER UNTUK "REMOVE POST" TERSEBUT SEBANYAK 1X ).

11. SEBARANG PERSELISIHAN FAHAM ANTARA ADMIN HARUSLAH DI SELESAIKAN DALAM ENVIROMENT DALAMAN TANPA PERLU PENGETAHUAN USER-USER. SETIAP PERSETUJUAN ADALAH ATAS SEBULAT SUARA KESELURUHAN AHLI DAN MENDAPAT PERATUS UNDIAN 51% ATAU YANG MANA MAJORITI TERBESAR.

12. SETIAP ADMIN HARUS MENGHORMATI PANDANGAN SESIAPA SAHAJA, DENGAR, TAPIS DAN NILAI KEMUDIAN DARI ITU BARULAH BUAT KEPUTUSAN. SUPAYA TIDAK ADA ADMIN YANG MEMANDAI-MANDAI MEMBUAT PERNYATAAN @ KEPUTUSAN SENDIRI DAN MENJEJASKAN KREADIBILITI SENDIRI.

13. ADMIN JUGA HARUS MEMBERIKAN KERJA SAMA , TETAPI PADA MASA YANG SAMA IANYA JUGA TANPA PAKSAAN JIKA INGIN TERLIBAT ATAU TIDAK DALAM APA-APA AKTIVITI. DIBENARKAN PENGECUALIAN DIRI DARIPADA MENYERTAI MANA-MANA KEPUTUSAN ATAU EVENT ATAS SEBAB-SEBAP PERIBADI ATAU YANG MENGHALANG MEREKA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

14. MEREKA-MEREKA INI (ADMIN) JUGA ADALAH MATA, KEPALA DAN TELINGA SERTA NADI BAGI GROUP SUPAYA TERUS STABIL. KAMI TIDAK MENGHARAPKAN SANJUNGAN TAPI CUKUP SEKADAR USER-USER DAPAT MEWUJUDKANN RUANG YANG SELESA BAGI SEMUA ORANG BAGI MEMBINA KOMUNITI YANG LEBIH SIHAT.

15. AKHIR SEKALI KAMI ; TIDAK TERLIBAT SECARA LANGUNG ATAU TIDAK LANGSUNG , MAKA DENGAN TERMAKTUB PERENGGAN-PERENGGAN DI ATAS, ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI USER ATAU INDIVIDU TERTENTU UNTUK MENDAKWA MENGHUKUM, MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENDAKWA DENGAN APA CARA SEKALI PUN TERHADAP KREDIBILITI ADMIN DI DALAM GROUP.

AKHIR KATA JANGAN LAH JADI ADMIN YANG SEMBERONO SEHINGGA HILANG KEPERCAYAAN DAN KREDIBILITI KITA SEBAGAI PENGELOLA GROUP. SEKIAN TERIMA KASIH.

BERSAMA MENINGKAKAN KUALITI GROUP.

ADMINSTRATOR

SYAMSYUL BIN AZIZ